assalamualaikum pembuka bicara...
mood xam tiba lagi, haaaa mcm xpecayaaa rasa baru ja memulakan pembelajaran d bumi ukm,pejam celik,pejam celik akhirnyaaa hujung sem..perghhh!!! 14 minggu rasa sekejap sejaa..apa2pun kena la trima hakikat, mmg skg ne masa pantas berlalu, klu xkejar masa..masa tu yg potong kita nty..cehh betul ka apa yg aq ckp ne..wat everrla!! janji mcm tula kenyataannya..hihuuuu
jadi bila xam menjelma..makanya kena bersedia untuk menghadapinya..Ingt, biar pun xam akan tiba..tp bljr tu bukan kerna xam semata2 k..shakilah take note!!!! moga segala urusanku dpermudahkan, dlapangkan dada menjawab peperiksaan dengan baik..Ya Allah bantulah hamba -Mu ini...
missss kikilala....
asam garam kehidupan,suka duka ku lalui jua...
Saturday 15 December 2012
Wednesday 12 December 2012
wujud lagi belogggg ku ini....
assalamualaikum!!!
setahun enam bulan baru aq ingat kembali perihal beloggg ku ini..
ada mimpi yang mengerakkan hatiku untuk membuka semula beloggg ini,hasil usaha untuk mengingat kembali email dan segala pwd..akhirnyaa berjaya jugak ku buka semula wahaiii cik belog...
tidak mau membebel n berleter panjang2,cukupla sekadar untuk menyatakan selamat datang kembali pada diriku ke dunia belog walaupun tidak pernah terlintas untuk berbelog2 ini.. :)
setahun enam bulan baru aq ingat kembali perihal beloggg ku ini..
ada mimpi yang mengerakkan hatiku untuk membuka semula beloggg ini,hasil usaha untuk mengingat kembali email dan segala pwd..akhirnyaa berjaya jugak ku buka semula wahaiii cik belog...
tidak mau membebel n berleter panjang2,cukupla sekadar untuk menyatakan selamat datang kembali pada diriku ke dunia belog walaupun tidak pernah terlintas untuk berbelog2 ini.. :)
Saturday 25 June 2011
ADAB MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu adalah perkara yang mulia, untuk itu ada beberapa adab yang harus kita perhatikan, agar kita mendapatkan manfaat yang banyak darinya, di antaranya adalah:
1. Ikhlas karena Allah.
2.Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.
3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.
4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.
5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
7. Mencari kebenaran dan sabar
Saturday 11 June 2011
PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN
KONSEP FORMULA 6 M
1) MUDARRIS
Konsep mudarris merujuk kepada guru yang berkesan.Umumnya ia dinilai daripada lima aspek utama iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki,kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan,kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik,mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan yang melibatkan aspek P&P bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses akhir P&P.
-Peranan guru sebagai mudarris merujuk kepada ciri-ciri berikut:
*Menarik perhatian pelajar semasa proses P&P.
*Menstruktur kandungan pengajaran dan mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
*Menggunakan media pengajaran yang berkesan.
2)MUADDIB
Ta'adib membawa maksud proses mendidik atau membentuk seseorang individu yang terdidik mempunyai kemampuan untuk mengembangkan segala potensinya ke arah pembentukan peribadi,sikap dan sahsiah selaras dengan acuan pembentukan yang ditetapkan oleh Allah SWT.Dalam konteks ini,perkataan Muaddib merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk mengasuh,mendidik,membentuk tingkahlaku,sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajarnya.
-Ciri yang perlu ada dalam komponen Muaddib.
*Memakai pakaian yang sesuai dan kemas(menutup aurat)serta menepati kod etika yang ditetapkan.
*Menepati dan menghormati masa serta menuturkan kata dengan berhemah dan sopan.
*Menunjukkan kewibawaan serta menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar.
3)MURABBI
Murabbi merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah yang seiring dengan dasar pendemokrasian pendidikan untuk membina akal budi,membangun jati diri dan integriti,memacu minda,mencurahkan kasih sayang dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh pelajar tersebut.
-Ciri yang perlu ada dalam komponen Murabbi:
*Menerapkan unsur-unsur ketauhidan dalam proses P&P.
*Mengenali pelajar serta memotivasikan pelajar.
*Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar.
4)MU'ALLIM
Mu'allim merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk memberitahu,mengajar,memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat,disiplin dan ilmu pengetahuan kepada pelajar sama ada melalui latihan,amali,latihtubi atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.
-Ciri yang perlu ada dalam komponen mu'allim:
*Memiliki,menguasai dan membudayakan ilmu.
*Menghargai para sarjana dan kesarjanaan.
*Menggalakkan pembelajaran kendiri.
5)MURSHID
Murshid merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik untuk menjaga,menasihati,mengarah,membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri(jasmani,emosi,rohani dan intelek)sebagai insan soleh.
-Ciri yang perlu ada dalam komponen murshid:
*Bersikap toleransi dan adil dengan pelajar serta mengamalkan ciri-ciri mushawarah yang unggul.
*Menampilkan kepimpinan yang berhikmah,zuhud dan tawadu'.
*Bertindak teliti,tulus dan telus serta pantas terhadap isu-isu pelajar.
6)MUBALLIGH
Muballigh merujuk kepada kualiti guru cemerlang yang berperanan sebagai da'i(pendakwah) dengan memberi tumpuan kepada asperk keterbukaan,kesederhanaan,kesempurnaan dan keseimbangan semasa menjalankan amanah dan tanggungjawabnya.Konsep tabligh mengutamakan ketegasan dalam kelembutan serta bijaksana ketika berhujah dan memberi tunjuk ajar.
-Komponen muballigh dalam formula ini memerlukan ciri-ciri berikut:
*Sentiasa melakukan muhasabah al-nafs untuk memerlukan kesedaran diri dan pelajar.
*Menggalakkan cetusan idea baru serta berinovatif.
*Menyampaikan pengajaran dengan pendekatan yang paling mudah,kemas,teratur dan berstrategik.
Friday 10 June 2011
MADAH BERHELAH BUKAN BERJELAH....
Assalamualaikum..
Testing,testing 1,2,3..
Syukur alhamdulillah,akhirnya setelah beberapa hari mencari mood untuk menyiapkan blog yg sememang2nya xsiap2 ne,akhirnya boleh jugak disiapkan.Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi bersama kawan2 semua mengenai info-info khususnya berkaitan dengan pendidikan.Di harap dengan adanya blog ini,kawan2 semua sudi2 la ye singgah dan memeriahkan blog saya..InsyaAllah pastinya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri..
Subscribe to:
Posts (Atom)